|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 05/11/2014
JEMPUTAN MEDIA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAHASA MERENTAS DESA
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Majlis Perasmian Program Bahasa Merentas Desa di Perpustakaan Desa PNM Taman Sri Duyung, Melaka yang akan dirasmikan oleh YBhg. Puan Nafisah Ahmad pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 9 November 2014
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Desa PNM
Taman Sri Duyung
75460 Melaka
Program:
8.30 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 pagi : Pertandingan Mewarna
: Pertandingan Bercerita
: Pertandingan Busana Tradisional Sambil Berpantun
Majlis Pelancaran Program Bahasa Merentas Desa
9.30 pagi : Ketibaan Para Jemputan
10.00 pagi : Ketibaan YBhg. Hajjah Nafisah Binti Ahmad
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia
: Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan oleh
YBhg. Datuk Zaini Bin Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan &
Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)
DUN Duyong
: Ucapan Pelancaran oleh
YBhg. Hajjah Nafisah Binti Ahmad
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia
: Penyampaian Hadiah Pertandingan dan Sijil Penghargaan
: Bicara Bahasa
: Jamuan Rakyat
1.00 petang : Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Mohamad Sahrizal Omar
Tel : 03-26871763/013-3848076
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|