|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 10/11/2014
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR INTEGRITI KORPORAT (CIP) ANAK SYARIKAT PKNS
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus komited melaksanakan Sistem Integriti Korporat ke arah amalan tadbir urus korporat yang baik apabila empat lagi anak syarikatnya turut mengikuti langkah perbadanan itu dengan memeterai Ikrar Integriti Korporat (CIP).
Empat anak syarikat berkenaan adalah Kumpulan Hotel De Palma, Pusat Konvensyen SACC, Akademi PKNS dan PKNS Real Estate (PREC).
Majlis pemeteraian CIP ini akan disaksikan oleh Dato’ Menteri Besar, YAB Tuan Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed.
Hari/Tarikh: Selasa 11 November 2014
Masa : 3.00 petang
Tempat : Plenary Hall, (1st Floor), SACC Convention Centre,
Shah Alam
PROGRAM
3.00 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media
: Ketibaan Tetamu Jemputan VVIP
3.40 petang : Ucapan Pembukaan oleh YAB Tuan Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor.
: Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM
4.00 petang : Tayangan Video Syarikat Anak
4.10 petang : Sesi Menandatangani Ikrar Integriti Korporat
: Penyerahan Momento
4.40 petang : Sidang Media
: Jamuan Ringan / Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:
Nama : NOOR ALLIA KASSIM
Bahagian Perhubungan Awam,
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Tel : 03-55201234 ext 1324
Mobil: 013-603 6626
Faks : 03-55103204
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|