Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Isnin 10/11/2014

LIPUTAN MEDIA PELANCARAN KEMPEN SAHABAT ZAKAT @ JALAN TAR BERSAMA PPZ-MAIWP & TOUCH'N GO

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Pelancaran Kempen Sahabat Zakat @ Jalan TAR Bersama PPZ-MAIWP dan Touch 'n Go pada :

Hari/Tarikh : Sabtu 15 November 2014

Masa : 12.00 tgh - 4.00 petang

Tempat : Tapak Wakaf Orang Buta, Jln Masjid India(Berhadapan Bangunan Maybank)

Objektif program ini diadakan adalah untuk menarik minat dan menambah prospek zakat serta meningkatkan kesedaran tentang kewajipan menunaikan zakat. Ianya juga merupakan medium dan alternatif terkini bagi mendekatkan PPZ-MAIWP dengan masyarakat bagi memperjelaskan jenis-jenis zakat yang harus dibayar. Turut hadir adalah Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali dan wakil pihak Touch ‘n Go sebagai rakan kolaborasi strategik.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan Pelancaran Kempen Sahabat Zakat PPZ-MAIWP Bersama PPZ-MAIWP dan Touch ‘n Go ini.

SUMBER: PPZ-MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 03- 92895757
Mobil: 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.