Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Selasa 11/11/2014

PERSIDANGAN MEJA BULAT "GENDER DALAM KERANGKA MAQASID: ISU-ISU FALSAFAH DAN PERUNDANGAN"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Gender Dalam Kerangka Maqasid: Isu-isu Falsafah dan Perundangan” pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 12 November 2014

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Besar, IKIM
2, Jalan Langgak Tunku, 50480 Kuala Lumpur

PROGRAM

Sesi I: Perbahasan Gender Dalam Kerangka Maqasid dan Pandangan Alam Islam
Moderator : Dr. Mohd Zaidi bin Ismail
Felo Utama/ Pengarah, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS) Institut Kefahaman Islam Malaysia

9.00-9.40 : Kertas 1 : “Perbahasan Kritis Tentang Istilah-istilah al-Quran Berhubung Gender”
Pembentang : Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran
Felo Kanan/ Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia

9.40-10.20 : Kertas 2 : “Perjuangan Wanita: Keadilan atau Kesamaan?”
Pembentang : Encik Md. Asham bin Ahmad
Felo Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK),
Institut Kefahaman Islam Malaysia

10.20-11.05 : Sesi Perbincangan

Sesi II : Aplikasi Maqasid Dalam Fiqh Wanita
Moderator Dr. Mohd Sani bin Badron
Felo Utama/ Pengarah, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS) Institut Kefahaman Islam Malaysia

11.05-11.45 : Kertas 3 : “Pandangan Islam Tentang Peranan Wanita dalam Kepemipinan Negara: Kesannya Terhadap Sasaran 30% Wanita sebagai Pembuat Keputusan”
Pembentang : YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Abd. Majid
Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC)

11.45-12.25 : Kertas 4 : “Perwalian (Wilayah) dalam Perkahwinan : Perbandingan antara Mazhab Syafi’e dengan Mazhab Hanafi dalam Pemeliharaan Maslahah”
Pembentang : Cik Wan Roslili binti Abd. Majid
Felo, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK),
Institut Kefahaman Islam Malaysia

12.25-13.05 : Sesi Perbincangan

Sesi III: Aplikasi Maqasid Dalam Undang-undang Semasa
Moderator Pn. Siti Shamsiah binti Md. Supi
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik
(SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia

14.30-15.15: Kertas 5 : “Jaminan Perlembagaan terhadap Hak-hak Wanita : Pengamatan Kritikal dari sudut Maqasid al-Syari’ah”
Pembentang : YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Abdul Aziz
Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia

15.15-16.00: Kertas 6 : “Akses Wanita kepada Keadilan di Mahkamah : Teori Klasik & Aliran Kontemporari”
Pembentang : YBhg. Prof. Najibah binti Mohd Zain
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

16.00-16.45 : Sesi Perbincangan


Objektif :

1. Membicarakan konsep gender serta isu-isu yang berkaitan menurut pandangan alam Islam dan dalam kerangka Maqasid al-Shari’ah.

2. Membincangkan sama ada undang-undang berkaitan dengan gender memelihara hak dan kebajikan gender, menyokong kemudahsampaian kepada prasarana asas yang menjamin kehidupan yang sejahtera, dan menekankan layanan yang sewajarnya dalam bidang-bidang utama, iaitu sosial, politik serta ekonomi.

3. Mengusulkan saranan pengukuhan serta penambahbaikan terhadap undang-undang sedia ada berkaitan dengan gender, sesuai dengan fitrah masing-masing demi memelihara maslahah masyarakat dan negara secara umumnya.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena persidangan meja bulat tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6329/ 331/ 012-3094427

Nama : Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6330/ 013- 2288992

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.