Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Rabu 12/11/2014

PROGRAM KOMUNITI SIHAT TANPA DADAH FELDA Dan AADK Di FELDA Palong 9, Negeri Sembilan

FELDA bersama AADK akan mengadakan PROGRAM KOMUNITI SIHAT TANPA DADAH bagi mewujudkan kesedaran dalam menangani najis dadah di rancangan yang dipercayai kian menular dikalangan generasi muda masa kini. Walhal data daripada AADK menujukkan hanya 0.8 % (990 orang) terlibat dalam dadah, FELDA tetap untuk memerangi najis dadah dengan mengadakan program bersama AADK.

Antara pengisian program adalah seperti berikut Senam Seni 1 Malaysia, Pertandingan Sukaneka & Mewarna, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pameran AADK & Pemeriksaan Kesihatan, Perkongsian Pengalaman – ‘Kenali Anak-Anak Kita’ (Bersama AADK).

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yb Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Mohd Isa Bin Haji Dato' Abdul Samad, Pengerusi FELDA bersama dengan Datuk Suhaimi Abdullah, Ketua Pengarah AADK.


Hari/Tarikh : Khamis 13 November 2014

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Orang Ramai FELDA Palong 9,Gemas, Negeri Sembilan
GOOGLE MAP

PROGRAM

07.00 pagi : Senam Seni 1 Malaysia
(Tempat : Padang Awam)

08.00 pagi Sarapan Pagi
(Tempat : Dewan Orang Ramai)

08.30 pagi Pertandingan Sukaneka & Mewarna
(Tempat : Padang Awam)

09.30 pagi :
-Pertandingan Deklamasi Sajak,
-Pertandingan Masakan & Gubahan
-Pameran AADK & Pemeriksaan Kesihatan
(Tempat : Dewan Orang Ramai)

10.30 pagi : Majlis Perasmian (Tempat : Dewan Orang Ramai)
- Lagu Negaraku & Lagu FELDA
- Bacaan Doa

- Ucapan Aluan Ketua Peneroka R.Alias
(En. Othman Parman)

- Ucapan Ketua Pengarah AADK
(Yg Bhg Dato’ Suhaimi Abdullah)

- Ucapan Perasmian Tan Sri Pengerusi FELDA

- Pemasangan Papan Tanda Komuniti Sihat Tanpa Dadah oleh Perasmi

11.30 pagi : Ceramah & Perkongsian Pengalaman –
‘Kenali Anak- Anak Kita’ (Bersama AADK) Dewan Orang Ramai Penyampaian Hadiah
(Tempat : Dewan Orang Ramai)

01.00 petang : Jamuan & Bersurai
(Tempat : Dewan Orang Ramai)


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : FELDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Zulhai
Tel : 0105403735

Nama : Puan Nurulnaida
Tel : 0193989144


-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.