|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 14/11/2014
MAJLIS MERAIKAN PEMBELI PANGSAPURI SELANGORKU IDAMAN PKNS DAMAI RESIDENSI, BANDAR BARU BANGI
Majlis meraikan pembeli projek rumah mampu milik antara yang terawal dibangunkan PKNS iaitu Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi di Bandar Baru Bangi akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 15 November 2014
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Pangsapuri Selangorku Idaman Pkns Damai Residensi,
Seksyen 3 Bandar Baru Bangi
PROGRAM
8.30 pagi : Ketibaan Pembeli
9.00 pagi : Ketibaan Dif Jemputan
9.30 pagi : Ketibaan YAB Tuan Mohamed Azmin Ali,
Dato’ Menteri Besar Selangor
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh
Y.Bhg. Tuan Haji Azlan Md Alifiah
Pengurus Besar PKNS
: Ucapan oleh
YB Tuan Iskandar Abdul Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
: Ucapan Perasmian oleh
YAB Tuan Mohamed Azmin Ali
Dato’ Menteri Besar Selangor
: Penyerahan kepada wakil pembeli
: Lawatan tapak
: Sidang akhbar
: Minum pagi
: Bersurai
Majlis akan disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, YAB Tuan Mohamed Azmin Ali dan turut dihadiri Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, YB Tuan Iskandar Abdul Samad serta Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah.
Kerjasama rakan-rakan media untuk membuat pengesahan kehadiran dengan KADAR SEGERA amat dihargai.
Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : ALLIA
Tel : 03-55201234 / ext- 1324
Mobil : 013-6036626
-BERNAMA |
|
|
|
|
|