|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 18/11/2014
JEMPUTAN DAN HEBAHAN SEMPENA PERSIDANGAN ANTARABANGSA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KETIGA 2014
Fakulti Bahasa & Komunikasi UPSI akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Ketiga 2014 pada 25 hingga 27 November 2014.
Majlis perasmian akan diadakan pada 25 November 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan akan dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Persidangan ini bertemakan ’Menebar Jaringan Kebahasaan Bahasa Melayu’.
Hari/Tarikh : Selasa 25 November 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kampus Sultan Abdul Jalil Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris
PROGRAM
7.30 – 9.00 pagi : Acara Pendaftaran pembentang dan peserta
9.00 – 10.30 pagi : : Bacaan Doa
-Ucapan aluan Pengerusi Persidangan
Prof. Madya Dr. Sanat M.Nasir
-Ucapan Penghargaan Naib Canselor UPSI
Prof. Dato. Dr. Zakaria Kasa
-Pembentangan Ucap Utama dan Perasmian disempurnakan oleh
Prof. Dato Dr. Awang Sariyan
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Pengerusi Majlis :
Prof. Madya Dr. Sanat M. Nasir
: Majlis pelancaran buku
10.30 – 11.00 pagi : Majlis berehat sebentar - Minum pagi
Persidangan ini merupakan platform terbaik untuk ahli akademik bahasa Melayu mengembangkan bakat dan menambahbaik kepakaran masing-masing. Pengalaman menyertai persidangan ini mampu melahirkan ahli akademik yang berketrampilan dan peka menghadapi apa jua cabaran pada masa akan datang. Justeru, kami mengalu-alukan kehadiran anda ke UPSI bagi sama-sama menyumbang idea, pemikiran dan hasil kajian bagi menyemarakkan bahasa Melayu di peringkat antrabangsa dan juga dunia keilmuan.
‘KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN’
Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk menghebahkan dan membuat liputan persidangan tersebut.
SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Muhammad Fawiz Bakri
Tel : 013 2175646
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|