Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Rabu 19/11/2014

LIPUTAN MEDIA "THE MINISTERIAL COMMITTEE MEETING OF THE INTERNATIONAL TRIPARTITE RUBBER COUNCIL (ITRC)"

Malaysia akan menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Menteri-Menteri ITRC ke-12 dan Mesyuarat ITRC dengan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi industri getah dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. Thailand, Indonesia dan Malaysia adalah anggota ITRC yang ditubuhkan pada 12 Disember 2001 dengan tujuan menggalakkan kerjasama di kalangan negara-negara pengeluar utama getah asli bagi menjamin kestabilan harga getah asli.

YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia akan mempengerusikan mesyuarat tersebut pada ketetapan seperti berikut :

1) MESYUARAT JAWATANKUASA PERINGKAT MENTERI ITRC

Hari/Tarikh : Khamis 20 November 2014

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Nusantara Ballroom, Level 2,
Hotel Sheraton Imperial
Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur


2) SIDANG MEDIA YB DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS BERSAMA MENTERI-MENTERI ITRC

Hari/Tarikh : Khamis 20 November 2014

Masa : 12.00 tengahari

Tempat : Langkawi Room, Level 2,
Hotel Sheraton Imperial,
Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Program

Sehubungan itu,anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Salmah Ramli
Tel : 03-8880 3324
Mobil: 013-255 7548

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.