Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Rabu 19/11/2014

LIPUTAN MEDIA MINI KARNIVAL IMARAH MASJID SAIDINA HAMZAH, KG. BATU MUDA

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) dan Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda akan menganjurkan Mini Karnival Imarah Masjid pada :

Hari/Tarikh : Ahad 23 November 2014

Masa : 8.30 pagi - 12.30 tgh

Tempat : Perkarangan Masjid Saidina Hamzah,
Kampung Batu Muda
Jalan 46/10, Sentul, 51100 Kuala Lumpur

Antara program:
1) Fiqh Ibadah (Perubatan & Pesakit)Oleh Ustaz Fauwaz Dato' Fadzil Noor
2) Bicara Selebriti Oleh Sham Kamikaze & Ustaz Mohamed Ibrahim (Mad Cina)
3) Zon Aulad
4) Cinta Ilmu Oleh Ustaz Heryanto Rizal Rokman
5) 3 Ustazah Berbicara Oleh Ustazah Zawiyah Hassan & Ustazah Shadiya Abbas
6) Forum Perdana Khas Oleh Dr Fauzi Deraman & Ustaz Fauzi Mustafa

Objektif program ini diadakan adalah untuk memudahkan umum membayar zakat di mana-mana sahaja mereka berada serta meningkatkan kesedaran tentang kewajipan menunaikan zakat.

Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan Mini Karnival ini.


SUMBER: PPZ-MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Mobil: 012-5003547
Tel : +60 (0)3 92895757
Faks : +60 (0)3 92895759

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.