|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 21/11/2014
LIPUTAN MEDIA MAJLIS MENANDATANGAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ADIGURU KRAF 2014
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Menandatangan dan Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf 2014 pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 25 November 2014
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bengkel Tenunan Songket Hajah Kelthom bt. Haji Hussein
S/1-350 Kg. Penambang
15350 Kota Bharu Kelantan
Disempurnakan Oleh : Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil bin Mohd Ali
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Skim Adiguru Kraf telah dilaksanakan sejak tahun 1987 bertujuan untuk memulih dan memelihara seni kemahiran tradisi supaya ianya berkekalan sebagai warisan yang menjadi lambang budaya dan jati diri rakyat Malaysia. Di bawah Skim ini, tokoh-tokoh atau pengamal seni kraf yang berkemahiran tinggi dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara akan diberi pengiktirafan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk hadir membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan
Tel : 09 712 6266
Nama: Puan Siti Nor Haizan Mohd Zaki
Mobil: 012 952 3125
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|