|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 25/11/2014
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN WAKAF SELANGOR MUAMALAT KEPADA KANSER PPUKM - MAKNA
Wakaf Selangor Muamalat akan memberi sumbangan barangan sebuah tangki simpanan Nitrogen Kepada PPUKM, MAKNA. Prof Dato’ Dr Raymond Azman Ali, Pengarah dan Dekan Pusat Perubatan UKM akan menerima sumbangan tersebut daripada Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat dan disaksikan oleh wakil badan pengurusan Bank Muamalat Malaysia Berhad serta ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat.
Wakaf Selangor Muamalat, satu lagi perkhidmatan Bank Muamalat yang direka khas untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya dan orang awam, adalah usahasama yang strategik di antara Bank Muamalat dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya yang luas di negara ini akan mengumpul dan menguruskan dana waqaf bersama-sama dengan PWS.
Majlis Penyerahan akan di adakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 27 November 2014
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Pusat Transplantasi PPUKM-MAKNA,
Tingkat 2, Pusat Perubatan UKM,
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Program:
3.00 ptg : Ketibaan Para Jemputan
3.05 ptg : Ketibaan Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat
: Ketibaan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat
3.10 ptg : Bacaan Doa
3.15 ptg : Ucapan oleh Profesor Dato' Dr. Raymond Azman Ali.
Pengarah dan Dekan Pusat Perubatan UKM
3.20 ptg : Ucapan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad
3.25 ptg : Penyampaian Simbolik Sumbangan
3.35 ptg : Tayangan slaid oleh PPUKM-MAKNA
3.40 ptg : Melawat tangki dan wad*
4.00 ptg : Jamuan Makan
: Sidang Akhbar
: Majlis Bersurai
*tertakluk kepada perubahan
Para tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari BMMB, MAKNA dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Hazri
Tel : 019-273 5997
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|