|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 26/11/2014
JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM "KEJOHANAN FUTSAL INDUSTRI SELANGOR 2014" (PIALA Y.A.B DATO' MENTERI BESAR SELANGOR)
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui SSIC Berhad akan menganjurkan program “Kejohanan Futsal Industri Selangor 2014” (Piala Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor). Tujuan utama program ini dianjurkan adalah bagi menjalinkan hubungan erat antara warga industri dan pihak Kerajaan Negeri.
Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 29 November 2014
Masa : 4.00 petang
Tempat : Ferro Futsal, Lot 36545, Jalan TS 6/1,
Taman Perindustrian Subang, 47510
Subang Jaya, Selangor.
Program:
7:30 – 8:30 Pagi : Pendaftaran Peserta
8:15 Pagi : Perhimpunan Dan Taklimat Daripada Pihak FAS Kepada Semua Pemain
8:45 Pagi : Ketibaan Y.Bhg En. Hasan Azhari Hj Idris
Ketua Pegawai Eksekutif SSIC Berhad
8:55 Pagi : Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg En. Hasan Azhari Hj Idris
Ketua Pegawai Eksekutif SSIC Berhad
9:05 Pagi : Upacara Perasmian
- Gimik Tendangan Bola Oleh:
Y.Bhg En. Hasan Azhari Hj Idris
Ketua Pegawai Eksekutif SSIC Berhad
9:15 Pagi : Perlawanan Futsal Bermula
3:30 Petang : Perlawanan Persahabatan (Pilihan SSIC Berhad & Pilihan FAS)
4:30 Petang : Ketibaan Y.B Dato’ Teng Chang Khim
(Exco Kerajaan Negeri Selangor)
4:35 Petang : Pertandingan Akhir Futsal Kategori Wanita
5:00 Petang : Pertandingan Akhir Futsal Kategori Lelaki
5:30 Petang : Majlis Penyampaian Hadiah
Disampaikan oleh : Y.B Dato’ Teng Chang Khim
Ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor
6:30 Petang : Tamat / Bersurai
Sebagai makluman, Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bersempena Kejohanan Futsal Industri Selangor ini.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk hadir membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: SSIC Berhad (Selangor State Investment Centre)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Yanie
Tel : 03-5510 2005 / 016-699 7901
Emel : yanie@ssic.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|