Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Khamis 27/11/2014

MAJLIS PRA-PELANCARAN (SOFT LAUNCH) LIGHT AND MOTION PUTRAJAYA 2014 (LAMPU 2014)

Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Light and Motion Putrajaya (LAMPU 2014) buat julung-julung kalinya pada 12 hingga 14 Disember 2014. Penganjuran kali pertama ini akan diadakan dengan skala yang besar dengan melibatkan sebahagian Persiaran Perdana, Dataran Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Sisiran Tasik di Presint 2 dan Presint 3.

Sejajar dengan “Pelan Induk Pencahayaan Putrajaya” penganjuran festival ini akan memberi tumpuan kepada keindahan dan keunikan senibina bangunan-bangunan, jambatan-jambatan, serta situasi bandar dalam taman di Putrajaya dengan dipenuhi cahaya warna – warni.

LAMPU 2014 akan menggabungkan bebrapa aktiviti menarik seperti Pertunjukan Cahaya dan Muzik, Pameran/Booth berkaitan Pencahayaan, pertandingan pencahayaan pada “free standing structure” dan pertandingan fotografi.

Sehubungan dengan itu, rakan-rakan media adalah dijemput ke Majlis Pra-Pelancaran (Soft Launch) LAMPU 2014 yang bakal disempurnakan oleh YB. Dato' Dr. Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden PPj serta tetamu-tetamu kehormat lain pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 28 November 2014

Waktu : 3.00 petang

Tempat : Dewan Seri Melati
Kompleks Perbadanan Putrajaya
Presint 3, Putrajaya


Program:

3.00 petang : Ketibaan dan Pendaftaran Media Serta Jemputan

3.10 petang : Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh bin Haji Che Mat,
Presiden Perbadanan Putrajaya

3.15 petang : Ketibaan YBhg. Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan

3.30 petang : Ketibaan YB Senator Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

: Kata Aluan dan Bacaan Doa

: Ucapan Aluan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh bin Haji Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya

: Ucapan Perasmian oleh YB Senator Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

: Launching Gimmick LAMPU’2014

: Tayangan Video Promosi LAMPU’2014

4.00 petang : Sidang Media

4.10 petang : Jamuan Minum Petang

4.30 petang : Majlis Bersurai


Turut memeriahkan majlis ini adalah persembahan dari LED Dance dan EL Malaysia.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Perbadanan Putrajaya (PPj)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:
Seksyen Perhubungan Awam
Perbadanan Putrajaya
Tel: 03-8887 7350/ 8069
Faks: 03-8887 5013

Nama : En. Noor Azhar Zainal
Emel : nazt@ppj.gov.my
Tel : 019-221 7607

Nama : En. Mohd Faizal Ab Wahab Chu
Emel : m.faizal@ppj.gov.my
Tel : 019-383 1564

Nama : En. Saiful Nizam Muhthar
Emel : s_nizam@ppj.gov.my
Tel : 012-690 3727

Nama : En. Mohd Khairy Md Din
Emel : khairy@ppj.gov.my
Tel : 012-351 3488

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.