Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Jumaat 28/11/2014

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN KEMPEN WARGA AKTIF WARGA PRODUKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

YB Menteri Kesihatan akan merasmikan serta melancarkan Kempen Warga Aktif Warga Produktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti ketetapan yang berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 30 November 2014

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Wetland, Putrajaya

PROGRAM

7.00 pagi : Ketibaan warga KKM

7.15 pagi : Ketibaan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian

7.25 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Farida Mohd Ali
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia

7.45 pagi : Ketibaan YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia

- Nyanyian Lagu Negaraku dan Kami Sedia Membantu
- Bacaan Doa

7.50 pagi : Ucapan Perasmian dan Pelancaran Kempen Warga Aktif Warga Produktif oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia

- Senamrobik

8.45 pagi : Sidang Media

9.00 pagi : Acara Sukaneka

10.30 pagi : Persembahan Pentas

11.30 pagi : Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah Utama

12.00 tengah hari : Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan dan sidang media majlis tersebut.


SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 013-3997025 / 03-888333470
Emel : n.suzaman@moh.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.