Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Jumaat 28/11/2014

MAJLIS PENGUMUMAN 10 FINALIS ANUGERAH NASYID IKIMFM

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIMfm akan menganjurkan majlis pengumuman sepuluh finalis yang akan bertanding di Anugerah Nasyid IKIMfm 2014.

Majlis ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 4 Disember 2014

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Anjung Tinjau, Tingkat 1
Putrajaya International Convention Centre (PICC)


Program:

10.30 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat/Media

11.00 pagi : Persembahan Juara Anugerah Carta Nasyid IKIM 2005
Kumpulan Mirwana – “Hikmah Kembara”

11.15 pagi : Ucapan aluan oleh Y.Bhg Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM

11.25 pagi : Memperkenalkan Hos Anugerah Nasyid IKIMfm

11.30 pagi : Pelancaran logo Anugerah Nasyid IKIMfm dan Penaja

11.40 pagi : Pengumuman 10 finalis Anugerah Nasyid IKIMfm

11.50 pagi : Sesi bergambar

11.55 pagi : Sidang Media

12.15 t/hari : Jamuan


Hos Anugerah Nasyid IKIMfm juga akan diumumkan, persembahan artis jemputan dan sidang media.

Anugerah Nasyid IKIMfm ini akan diadakan pada 10 Januari 2015 (Sabtu), jam 9 malam, di Dewan Plenari, PICC Putrajaya. Antara tujuan Anugerah Nasyid IKIMfm diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penggiat industri nasyid di seluruh negara. Sebanyak 30 buah lagu telah disenarai pendek untuk dicalonkan ke peringkat saringan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6329/ 012-3094427

Nama : Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6330/ 019-2288992

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.