|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 28/11/2014
UPSI: PERASMIAN PROGRAM SIRIH PULANG KE GAGANG SIRI KE-4
Adalah dimaklumkan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan Program Sirih Pulang ke Gagang Siri ke-4 pada 29 – 30 November 2014.
Majlis perasmian akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 29 November 2014
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
Majlis akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Canselor UPSI.
PROGRAM:
29.11.2014 (Sabtu)
Masa | Program
10.00 pg – 12.30 t/hari - Pendaftaran peserta di Dewan Sri Tanjung, KSAJS, UPSI
12.30 t/hari - Makan Tengah Hari/ Solat Zuhur
2.30 ptg - Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Suluh Budiman (Dewan Sri Tanjung)
4.30 ptg - Minum petang
5.00 ptg - Alumni Tour (Sekitar UPSI, Pekan Tanjung Malim dan Slim River)
6.30 ptg - Rehat/Santai
7.40 mlm - Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang Siri Ke-4
(Dewan SITC)
- Ketibaan peserta
- Ketibaan tetamu jemputan
- Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti
- Ketibaan Naib Canselor UPSI
8.20 mlm - Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu Kandung Suluh Budiman
8.30 mlm - Ucapan aluan :
- Presiden, Persatuan Alumni Suluh Budiman UPSI
- Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) UPSI
8.45 mlm - Ucapan perasmian oleh Naib Canselor UPSI
- Gimik perasmian & tayangan video
- Pelancaran Alumni Chapter 85-87
9.00 mlm - Jamuan makan malam
Persembahan kebudayaan
9.30 mlm - Penyampaian Anugerah Tokoh Alumni 2014
10.30 mlm - Bersurai
30.11.2014 (Ahad)
Masa | Program
8.00 pg - Sarapan pagi di Dewan Sri Tanjung, KSAJS
9.00 pg - Majlis Penutup Sirih Pulang ke Gagang Siri ke-4
(Dewan Sri Tanjung)
10.00 pg - Bersurai
Program ini mewujudkan kesedaran untuk berbakti yang berterusan dalam kalangan ahli alumni terhadap Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pogram ini bertemakan 'Merealisasikan Alumni Berbakti' dan bertujuan untuk menghimpunkan ahli alumni dalam satu pertemuan berkonsepkan kekeluargaan dan mengadakan aktiviti yang meningkatkan kesedaran untuk berbakti dan kecintaan ahli kepada UPSI. Sirih Pulang ke Gagang adalah program kemuncak Pusat Perhubungan Alumni bagi menghargai sebahagian besar ahli alumni SITC, MPSI, IPSI dan UPSI yang pulang dan berbakti kepada UPSI. Penganjuran Sirih Pulang ke Gagang terdahulu mendapat sambutan yang menggalakkkan dalam kalangan ahli alumni dan untuk penganjuran tahun ini, Pusat Perhubungan Alumni menyasarkan penyertaan seramai 400 orang ahli Alumni khususnya ahli alumni keluaran UPSI.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk hadir membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Ghazali Din
Mobile: 019 279 2143
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|