|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 28/11/2014
LIPUTAN MEDIA FESTIVAL KRAF KELANTAN 2014
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sedang mengadakan Festival Kraf Kelantan mulai 28 November hingga 7 Disember 2014 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Dataran Al-Quran, Pintu Kota Sultan Ismail Petra.
Untuk makluman, Yang Berhormat Mulia Dato’ Hajah Tengku Salwani binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Rozan binti A-Marhum Sultan Yahya Petra akan mengunjungi Festival Kraf Kelantan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 30 November 2014
Masa : 2.45 petang
Tempat : Dataran Al-Quran
Pintu Kota Sultan Ismail Petra
Festival Kraf Kelantan merupakan usaha Kraftangan Malaysia mempromosi dan memperluaskan pasaran kraf di lokasi tumpuan pengunjung. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung seperti Interaktif Kraf (mewarna batik & kraf seramik, pembuatan wau dan kraf reben), Demonstrasi Kraf (seni tulisan khat, senjata tradisional, sulaman kelingkam, ukiran kayu dan seramik tradisional) dan Jualan Produk Kraf yang disertai 39 usahawan kraf dari pelbagai bidang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena kunjungan Yang Berhormat Mulia Dato’ Hajah Tengku Salwani binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Rozan binti A-Marhum Sultan Yahya Petra ke Festival Kraf Kelantan tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan
Nama : Encik Fauzee Tahir
Tel : 09 712 6266 / 019-958 0448
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|