|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 01/12/2014
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI ANTARA BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD DAN PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Majlis menandatangani satu perjanjian persefahaman di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. Majlis akan disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Y.Bhg Datuk Dzulkifli Fadzilah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan disaksikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Mohd Munir Abd Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Perjanjian persefahaman di antara Bank Muamalat (BMMB) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ini akan membuka lebih peluang pinjaman sebagai modal kepada usahawan Bumiputera khususnya dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Secara tidak langsung menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya saing kepada usahawan yang sedia ada dan sumbangan mereka dalam perniagaan juga amat penting kepada pembangunan ekonomi negara.
Majlis Perjanjian Persefahaman akan di adakan seperti di bawah:
Hari/Tarikh : Selasa 2 Disember 2014
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Glenmarie Ballroom A,
Holiday Inn, Glenmarie,
Kuala Lumpur.
Program:
2.30 ptg: Ketibaan Para Tetamu
2.45 ptg: Ketibaan Tetamu Kehormat
3.00 ptg: Bacaan Doa
3.05 ptg: Ucapan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr, Mohd Munir Abd Majid,
Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad
3.05 ptg: Ucapan oleh YB. Senator Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam,
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
3.35 ptg: Upacara Menandatangani Perjanjian
Penukaran Momento
Sesi Bergambar
3.50 ptg: Sidang Akhbar
4.10 ptg: Jamuan Ringan
5.00 ptg: Bersurai
Para tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Hazri
Tel : 03-2059 1345
-BERNAMA |
|
|
|
|
|