|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 02/12/2014
MUZAKARAH PAKAR “ADAKAH FASAKH DI MALAYSIA FAKTOR PENAMBAH TEKANAN MENTAL?”
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Muzakarah Pakar “Adakah Fasakh di Malaysia Faktor Penambah Tekanan Mental?” pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Rabu 3 Disember 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Besar IKIM
Institut Kefahaman Islam, 2, Jalan Langgak Tunku, 50480 Kuala Lumpur
PROGRAM
Moderator : Cik Wan Roslili binti Abd. Majid
Fellow, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK)
Institut Kefahaman Islam Malaysia
0900-0940 : Kertas 1 : “Konflik Perkahwinan dan Hubungannya dengan Tekanan Mental”
Dr. Mimi Iznita binti Mohamed Iqbal
Pensyarah, Jabatan Psikologi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
0940-1020 : Kertas 2: “Fasakh dan Tekanan Mental : Tinjauan Terhadap Amalan
di Negeri-negeri di Malaysia (Terpilih)”
Pn. Siti Shamsiah binti Md. Supi
Pegawai Penyelidik Kanan,
Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK)
Institut Kefahaman Islam Malaysia
1020-1100 : Kertas 3 : “Prosedur Fasakh : Amalan dan Cadangan Alternatif untuk Tekanan Mental sebagai Faktor Tuntutan”
YAA Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang
1100-1215 : Sesi Perbincangan
Objektif :
(i) Memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa tekanan mental adalah ancaman kepada kesejahteraan akal yang merupakan sebahagian daripada maqasid al-shariah;
(ii) Mencari titik pertemuan dan persefahaman antara perspektif psikologi dan juga perspektif undang-undang syariah dalam menangani tekanan mental akibat konflik perkahwinan; dan
(iii) Untuk mencapai perlindungan akal melalui Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena Muzakarah Pakar tersebut.
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Tel: 03-6204 6329/ 331
Mobil: 012-3094427
Nama: Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6330/ 013- 2288992
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|