Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Selasa 09/12/2014

LIPUTAN MEDIA TEATER NOSTALGIA : SENIMAN JALANAN (KARYA Y.BHG. PROF. EMERITUS DATO’ DR. WAN HASHIM BIN WAN TEH)

Adalah dimaklumkan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan pementasan teater iaitu pementasan semula “Teater Nostalgia : Seniman Jalanan” karya Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 12 Disember 2014

Masa : 8.30 malam

Tempat : Panggung Budaya, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI.

VIP Jemputan: Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh

PROGRAM

08.00 malam : Ketibaan penonton dan media
08.15 malam : Ketibaan Naib Canselor UPSI beserta VIP
8.40 malam : Nyanyian Lagu Negaraku
08.45 malam : Pementasan Seniman Jalanan
10.30 malam : Sesi Fotografi
10.45 malam : Jamuan Ringan
10.30 malam : Bersurai


Naskah ini berlatar belakangkan Kuala Lumpur pada tahun 1969 di era pasca merdeka. Pelbagai ragam manusia diperlihatkan dari sudut yang berbeza dan pekerjaan yang pelbagai semata-mata meneruskan perjuangan kehidupan di kota pada zaman tersebut. Aktiviti kesenian menjadi satu aktiviti yang sering dijalankan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Teater Nostalgia Seniman Jalanan buat pertama kalinya telah dipentaskan oleh pelajar-pelajar Jabatan Seni Persembahan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pada 6 dan 7 Disember 2013 dengan kerjasama JKKN WPKL. Gabungan muzik dan lakonan menjadi tunjang kepada kelebihan teater nostalgia Seniman Jalanan dan telah mendapat sokongan penonton yang menggalakkan dan mendorong agar pementasan ini dipentaskan semula di UPSI.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris

UNTUK MAKLUMAT LANKJUT SILA HUBUNGI:
Nama: En. Ghazali Din
Mobil: 019 2792143

Nama: En. Muhammad Faisal bin Ahmad
Mobil: 012 4675971

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.