|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 09/12/2014
KRAFTANGAN MALAYSIA: FESTIVAL KRAF JOHOR 2014
Adalah dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Johor 2014 pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 18 – 31 Disember 2014
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Padang A, Angsana Johor Bahru Mall
Aktiviti ini merupakan penganjuran ke-4 oleh Kraftangan Malaysia dalam mempromosikan produk kraf tempatan bagi hiasan dalaman dan seni taman yang berilhamkan alam semula jadi.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Jualan dan Pameran seperti perabot taman, pergola, produk kraf tekstil, kraf hasil rimba, logam dan seramik yang akan dipromosikan lebih 300 orang usahawan kraf.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Saksikan dan alamilah keindahan produk kraf buatan Malaysia dengan mengunjungi Festival Kraf Johor. Maklumat lanjut di 07-235 0433 atau www.kraftangan.gov.my
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Nama : Cik Fazlin Mohamad Zaki
Mobile: 012-664 1734
Nama : Cik Norehan Ab. Ghani
Mobile: 012-657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|