|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 10/12/2014
PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK YATIM DI IBU PEJABAT BANK MUAMALAT, MENARA BUMIPUTRA, KUALA LUMPUR
Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan satu Program Kembali Ke Sekolah "Charity Free Market – Back to School" bersama anak-anak yatim di Ibu Pejabat Bank Muamalat Malaysia Berhad, Menara Bumiputra, Kuala Lumpur.
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti beriku:
Hari/Tarikh : Jumaat 12 Disember 2014
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Tingkat 6, Ibu Pejabat Bank Muamalat Malaysia Berhad,
Menara Bumiputera, Kuala Lumpur
PROGRAM:
08:00 pagi : Ketibaan Penerima Sumbangan
08:30 pagi : Sarapan Pagi Untuk Penerima Sumbangan
09:30 pagi : Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Mohd Munir Abdul Majid,
(Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad)
Ketibaan Y.Bhg Dato' Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid,
(Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad)
09:35 pagi : Bacaan Doa
09:40 pagi : Upacara Perasmian Program
10:00 pagi : 'Charity Free Market – Back to School' Bermula
12:00 tengah hari : Bersurai
Pihak Bank Muamalat akan memberi sumbangan berupa pakaian dan peralatan sekolah kepada Rumah Warga Prihatin, Rumah Titian Kasih dan Rumah Anak Yatim Darul Fuqaha. Kakitangan Bank Muamalat juga turut menyumbang untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah.
Program akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat, Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat.
Majlis ini diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik serta meringankan beban kepada rumah jagaan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan yang bakal tiba.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Hazri
Tel : 03-2059 1345
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|