Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Rabu 10/12/2014

LIPUTAN LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI BERSEMPENA DENGAN THE ANNUAL MEETING OF THE WORLD ECONOMIC FORUM, 21 HINGGA 24 JANUARI 2015 DI DAVOS, SWITZERLAND

Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Davos, Switzerland bersempena dengan The Annual Meeting of the World Economic Forum pada 21 hingga 24 Januari 2014.

Kementerian Luar Negeri dengan hormatnya menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan terhadap lawatan YAB Perdana Menteri tersebut.

Wakil-wakil media adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen seperti di bawah berserta dengan dokumen asal dibawa bersama-sama semasa liputan dan juga menyatakan keperluan logistik yang diingini:


a. Senarai Peralatan Media
b. Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi)
c. Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut
d. Satu salinan gambar bersaiz pasport (dalam format JPEG)
e. Permohonan logistik (bilik/telefon/pengangkutan)

Memandangkan, bilik hotel adalah terhad semasa persidangan tersebut, pihak Kedutaan Malaysia di Berne telah membantu bagi menempah sebanyak 8 unit bilik di Frieden Hotel. Tempahan ini terdiri daripada 1 bilik single dan triple serta 6 bilik berkembar dari 18 Januari (dari 5 petang) hingga 25 Januari 2015 (hingga 11 pagi). Kesuluruhanya, bilik-bilik tersebut boleh memuatkan sehingga 16 pax dan Frieden Hotel terletak kira-kira 1km dari tempat mesyuarat (2 minit berjalan kaki). Dalam hubungan ini, Wisma Putra telah membayar sepenuhnya kos untuk bilik-bilik yang dinyatakan di atas, dan ingin memohon kerjasama pihak tuan bagi melangsaikan bayaran bilik selewat-lewatnya pada Isnin, 15 Disember, 2014.


Selain daripada itu, dimohon kerjasama pihak tuan juga untuk mengingati wakil-wakil media yang dipilih yang akan mengiringi lawatan rasmi ini untuk mendaftarkan diri sebagai peserta media bagi persidangan ini di pautan www.weforummedia.org.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Mohon kerjasama dan jasa baik pihak media supaya maklumat berkenaan yang dimohon di atas dapat dipanjangkan ke alamat e-mel azreey@kln.gov.my seawal mungkin serta pembayaran bilik hotel dapat dilakukan dengan segera.

SUMBER: Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kasim
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03 - 8887 4180
Faks: 03-8889 2726

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.