Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Jumaat 12/12/2014

LIPUTAN MEDIA MAJLIS ZAKAT PERNIAGAAN BAGI 10 SYARIKAT KORPORAT TAHUN 2014

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Perniagaan 2014 bagi 10 syarikat korporat pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 17 Disember 2014

Masa : 12.30 tgh hingga 2.00 petang

Tempat : Aras 9, Blok D7, Parcel D, JAKIM, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Putrajaya


Majlis Zakat Perniagaan ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP, Y.B. Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B). Turut sama hadir dalam majlis ini, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali dan wakil-wakil korporat bagi 10 syarikat yang bakal menyerahkan zakat perniagaan mereka.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobil : +60 (0)12 5003547
Tel : +60 (0)3 92895757
Faks : +60 (0)3 92895759


-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.