|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 12/12/2014
MAJLIS SIDANG MEDIA & PELANCARAN PORTAL FESTIVAL KRAF JOHOR 2014
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bakal menganjurkan Festival Kraf Johor 2014 bermula dari 18 – 31 Disember 2014, jam 10.00 pagi – 10.00 malam, bertempat di Padang A, Angsana Johor Banhru Mall.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Sidang Media dan Pelancaran Portal Festival Kraf Johor 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 16 Disember 2014
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Johor
Lot PTB 2002, Jalan Cenderasari
Off Jalan Datin Halimah
80350 Larkin, Johor
Bersama : Puan Rugayah binti Mohd Salleh
Pengarah
Kraftangan Malaysia Cawangan Johor
Untuk makluman, seramai 300 usahawan dalam pelbagai kategori kraf seperti tekstil, seramik, hasil rimba, aneka kraf dan logam terlibat dalam Festival Kraf Johor 2014. Selain itu, turut diadakan aktiviti seperti Pameran & Jualan Produk Kraf, Demonstrasi & Interaktif Produk Kraf, dan Persembahan Kesenian Pelbagai Kaum.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media dan Pelancaran Portal Festival Kraf Johor 2014 tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Kraftangan Malaysia Cawangan Johor
Tel : 07-235 0433
Nama : Norehan
Tel : 012 657 8824
Nama : Mohd Azlan
Tel : 012 592 4859
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|