Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Jumaat 12/12/2014

MMU Lancar Buku Bantu Usahawan IKS, Rancakkan Ekonomi Negara

Sebagai usaha untuk membantu masyarakat menjadi usahawan berjaya dan merancakkan lagi pertumbuhan bidang perniagaan yang menyumbang kepada ekonomi negara, Multimedia Universiti (MMU) mengadakan majlis pelancaran sebuah buku berjudul ‘The Bullettrain Entrepreneur: 5 Pillars towards SME Success‘ pada Isnin ini.

Majlis pelancaran itu yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, YBhg. Dato’ Hafsah Hashim, akan diadakan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 15 Disember 2014

Masa : 2.15 P.M.

Tempat : E-Theatre, Faculty of Creative Multimedia, MMU, Persiaran Multimedia, Cyberjaya.

Buku hasil karya alumni MMU, Mr. Peter Ong itu mengupas mengenai lima prinsip yang menjadi teras bagi seseorang usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) mengembangkan perniagaan berdasarkan pengalaman sebenar dalam realiti semasa yang semakin mencabar.

Antara lain, buku tersebut mengandungi nasihat, petua, pandangan, jawapan kepada isu-isu berkaitan keusahawanan, kisah kejayaan usahawan, perancangan integrasi pengembangan dan kemampanan perniagaan serta pantang larang dalam perniagaan IKS.

Semasa pelancaran itu, turut diadakan Dialog Keusahawanan yang disertai oleh Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan MMU, Prof. Dr. Osman Mohamad sebagai moderator manakala Mr. Peter Ong dan Pengarah Agmo Studio Sdn. Bhd., Mr. Tan Aik Keong sebagai ahli-ahli panel.

Hasil jualan buku berkenaan akan disumbangkan kepada Yayasan Universiti Multimedia (YUM), sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan bagi membantu pelajar-pelajar MMU yang memerlukan.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Multimedia Universiti (MMU)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Sahbulah Mohamad Darwi
Tel : 019-2202179
Emel : sahbulah@mmu.edu.my

Nama : Mr. Hefni Izzat
Tel : 016-6900598
Emel : hefni.izzat@mmu.edu.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.