Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Ahad 14/12/2014

BSN : LEGASI NASI LEMAK 40

Bersempena dengan Sambutan Ulangtahun ke 40, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengagihkan 40,000 Nasi Lemak di 40 lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Ini adalah program BSN bersama komuniti sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan dan orang ramai atas sokongan padu kepada BSN sepanjang perkhidmatan 40 tahunnya.

Aktiviti pengagihan di Kuala Lumpur dan Selangor akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 15 Disember 2014

Masa : 7.30 pagi – 9.00 pagi

Tempat :

|| Kuala Lumpur ||
i) Stesen LRT KLCC
ii) Stesen LRT Masjid Jamek
iii) KL Sentral

|| Selangor ||
i) Pintu Utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS)
ii) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Negeri Selangor
iii) Stesen Komuter Seksyen 19, Shah Alam


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Bank Simpanan Nasional (BSN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sharifah Sheikhun
Tel : (03)21623222 samb. 16001 / 010 5662511
Emel : sharifah_syed@bsn.com.my

Nama : Cik Hazreen Mohd Firdauz
Tel : (03)2162 3222 samb. 16016/ 017 3377767
Emel : hazreen@bsn.com.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.