|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 16/12/2014
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF JOHOR 2014
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Johor 2014 bermula dari 18 – 31 Disember 2014, jam 10.00 pagi – 10.00 malam, bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Khamis 18 Disember 2014
Masa : 4.00 petang
Tempat : Padang A, Angsana Johor Bahru Mall
Aktiviti ini merupakan penganjuran ke-4 oleh Kraftangan Malaysia dalam mempromosikan produk kraf tempatan bagi hiasan dalaman dan seni taman yang berilhamkan alam semula jadi. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Jualan dan Pameran seperti perabot taman, pergola, produk kraf tekstil, kraf hasil rimba, logam dan seramik yang akan dipromosikan oleh 300 orang usahawan kraf.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian sempena Festival Kraf Johor 2014 tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Laman Web : www.kraftangan.gov.my
Nama : Fazlin Mohamad Zaki
Tel : 012 664 1734
Nama : Norehan Ab Ghani
Tel : 012 657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|