|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 22/12/2014
SIDANG MEDIA HARI ISTIMEWA BERSAMA PEMBAYAR ZAKAT PPZ-MAIWP & SUASANA PEMBAYARAN ZAKAT DI KAUNTER PPZ-MAIWP MENJELANG HARI-HARI TERAKHIR TAHUN 2014
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Sidang Media Hari Istimewa Bersama Pembayar Zakat PPZ-MAIWP & Suasana Pembayaran Zakat Di Kaunter PPZ-MAIWP Menjelang Hari-Hari Terakhir Tahun 2014 pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 29 Disember 2014 / 7 Rabiul Awal 1436H
Masa : 11.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Tingkat 1, Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin,
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100, Kuala Lumpur
Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat suasana pembayaran zakat pada hari terakhir membayar zakat di salah sebuah kaunter cawangan PPZ-MAIWP serta pengumuman hari istimewa bersama pembayar zakat disamping memberi peringatan kepada umum agar segera menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2014. Turut serta adalah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Perhubungan Awam PPZ-MAIWP
Tel : 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|