Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Jumaat 26/12/2014

SSP BSN MENUTUP TIRAI 2014

Fiesta SSP BSN telahpun tiba di penghujungnya. Fiesta kali ini akan mengumumkan pemenang bertuah Cabutan Istimewa SSP yang akan membawa pulang SSP RM 1Juta.

Senarai hadiah dan cabutan baru bagi Fiesta SSP tahun 2015 juga akan turut diumumkan semasa sesi sidang media nanti. Marilah sama-sama menjadi saksi cabutan bagi jutawan SSP BSN yang kedua! Fiesta SSP kali ini akan diadakan pada tetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 27 Disember 2014

Masa : 2.00 petang (Cabutan bermula)

Tempat : Wangsa Walk Mall
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Pelbagai aktiviti pentas akan diadakan buat para pengunjung dan para pelanggan BSN. Artis jemputan, Awie Rafael dan Elizabeth Tan akan turut memeriahkan lagi Fiesta SSP ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media ini.

Sidang media akan diadakan selepas acara cabutan.

SUMBER: Bank Simpanan Nasional

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sharifah Sheikhun
Tel : 03-2162 3222 samb. 16001
Mobile: 010 566 2511
Email: sharifah_syed@bsn.com.my

Nama : Cik Hazreen Mohd Firdauz
Tel : 03-2162 3222 samb. 16016
Mobile: 017-337 7767
Email: hazreen@bsn.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.