|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 31/12/2014
MISI BANTUAN BANJIR INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) & ISLAMIC AID MALAYSIA (IAM)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Islamic Aid Malaysia (IAM) akan mengadakan Misi Bantuan Banjir pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 1 Januari 2015
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Ruang Legar IKIM
2, Jalan Langgak Tunku
50480 Kuala Lumpur
YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM akan melancarkan misi bantuan tersebut pada jam 10.00 pagi. Encik Zawahir bin Abdullah, Presiden, Islamic Aid Malaysia (IAM) akan turut hadir.
Misi ini turut disertai oleh para penyampai IKIMfm, ahli-ahli Kelab IKIM yang bertujuan membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda negara Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan sempena majlis tersebut.
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 03 – 6204 6329/ 6331/ 012-309 4427
Nama: Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 03-6204 6326/ 013-2288 992
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|