Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Isnin 05/01/2015

ANUGERAH NASYID IKIMFM 2014

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) akan mengadakan Anugerah Nasyid IKIMfm seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 10 Januari 2015/ 19 Rabiulawal 1436H

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan Plenari,
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Program:

7.30 malam : Ketibaan para jemputan

8.50 malam Ketibaan tetamu kenamaan

9.00 malam : Siaran Langsung Anugerah Nasyid IKIMfm

11.15 malam : Majlis Pengumuman Pemenang dan
Penyampaian Hadiah

11.30 malam : Sidang Media


Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIMfm menganjurkan Anugerah ini bagi mengiktiraf sumbangan penggiat nasyid dan lagu-lagu ketuhanan samada dari kalangan komposer, penyanyi mahu pun penulis lirik, memartabatkan industri nasyid tanah air dan mengukuhkan jenama IKIMfm sebagai radio yang sentiasa memperjuangkan hiburan mendidik jiwa masyarakat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan sempena majlis tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 013 2288992/03-6204 6330/ 331

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.