Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Rabu 07/01/2015

PHOTO OP : KUNJUNGAN HORMAT OLEH KETUA SETIAUSAHA ASEAN KE ATAS YB MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA PADA 7 JANUARI 2015

Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa TYT Le Luong Minh, Ketua Setiausaha ASEAN akan melakukan Kunjungan Hormat ke atas YB Menteri Luar Negeri Malaysia pada 7 Januari 2015. Dalam hubungan ini, Kementerian ini ingin menjemput wakil-wakil media Malaysia bagi membuat liputan (photo-op) semasa kunjungan hormat tersebut. Tarikh dan masa kunjungan hormat ialah seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 7 Januari 2015

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik YB Menteri Luar Negeri
Tingkat 3, Kementerian Luar Negeri Malaysia
Blok WP 1, No. 1 Jalan Wisma Putra,
62602, Presint 2, Putrajaya

Selain daripada itu, photo-op oleh wakil-wakil media ialah sebelum kunjungan hormat bermula dan juga semasa penyampaian hadiah (jika ada).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar jurugambar bagi membuat liputan program ini.

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : AZREEY ABU KASIM
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03 - 8887 4180


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.