|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 07/01/2015
PERNAMA MULAI MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI PANTAI TIMUR
Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya akan memulakan misi bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur.
Majlis pelepasan misi bantuan pasca banjir sukarelawan PERNAMA oleh Pengurus Besar, Datuk Ab Wahab Khalil akan diadakan di perkarangan bangunan ibu pejabat PERNAMA Bukit Raja pada 8 Januari 2015 pukul 9.00 pagi.
Misi selama tiga hari itu akan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyampaian sumbangan di Kampung Bangau, Temerloh yang terjejas teruk banjir di Pahang pada ketetapan seperti berikut :
Hari/Tarikh : Khamis hingga Sabtu 8 hingga 10 Januari 2015
Masa : Sepanjang hari
Tempat : Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bangau
Temerloh, Pahang.
Misi bantuan pasca banjir terdiri daripada 30 sukarelawan kakitangan PERNAMA Bukit Raja, Klang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sukarelawan akan memulakan misi sulung pada hari pertama dan kedua di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bangau, rumah orang-orang tua dan surau yang ditenggelami banjir. Hari ketiga misi, sukarelawan PERNAMA akan menghulurkan sumbangan berupa makanan dan barangan keperluan harian seperti beras, maggi, air mineral, biskut, sardin, gula, susu, pampers dan lain-lain kepada 150 keluarga mangsa banjir Kampung Bangau, Temerloh.
Sebelum itu, misi bantuan banjir PERNAMA telah menyampaikan sumbangan dan melawat kawasan yang teruk terjejas dengan musibah itu di sekitar daerah Tanah Merah dan Pasir Mas, Kelantan minggu lepas. Dan kawasan Gua Musang menjadi destinasi terakhir misi sukarelawan PERNAMA menyampaikan bantuan banjir kepada 45 keluarga bekas tentera pada minggu depan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera bagi membuat liputan program misi bantuan tersebut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.
SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Mashitah Haji Husain
Konsultan Pemasaran
Tel: 03 3341 0572 Mobile : 019 3221351
Email : mashitah@pernama.com
Website : www.pernama.com
-BERNAMA |
|
|
|
|
|