|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 09/01/2015
PHOTO OP : SEMASA KUNJUNGAN HORMAT OLEH PYT MENTERI LUAR NEGERI COLOMBIA KE ATAS YB MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA PADA 12 JANUARI 2015 (ISNIN)
Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa PYT Maria Angela Holguin Cuellar, Menteri Luar Negeri Colombia akan melakukan Kunjungan Hormat ke atas YB Menteri Luar Negeri Malaysia pada 12 Januari 2015 (Isnin). Dalam hubungan ini, Kementerian ini ingin menjemput wakil-wakil media Malaysia bagi membuat liputan (photo-op) semasa kunjungan hormat tersebut. Tarikh dan masa kunjungan hormat ialah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 12 Januari 2015
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Pejabat YB Menteri Luar Negeri Tingkat 3, Kementerian Luar Negeri Malaysia
Blok WP 1, No. 1 Jalan Wisma Putra, 62602, Presint 2, Putrajaya
Untuk makluman, photo-op oleh wakil-wakil media ialah sebelum kunjungan hormat bermula dan juga semasa penyampaian hadiah (jika ada).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar jurugambar bagi membuat liputan program ini.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : MUHAMMAD NUR ANUAR BIN NORDIN
Penolong Pengarah
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam [JPDA]
Kementerian Luar Negeri
Tel: 03-8887 4084 / HP: 017-289 9168
Faks: 03-8889 2726
Emel: mdanuar@kln.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|