Januari 19, 2026 -Isnin

 
 
 

Jumaat 09/01/2015

PERNAMA SALUR SUMBANGAN RM30,000 BANTU MANGSA BANJIR BEKAS TENTERA DI GUA MUSANG

Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya akan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa banjir bekas tentera di Gua Musang, Kelantan.

Satu majlis penyampaian sumbangan kepada 45 keluarga bekas tentera mangsa terjejas banjir akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 11 Januari 2015

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Kampung Tepi Sungai Galas
(Sebelah Kesedar Inn)
Gua Musang, Kelantan


Maklumat Tambahan: PERNAMA kerjasama dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Gua Musang menyelaras aktiviti untuk acara penyerahan sumbangan. Pengurus Kanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat PERNAMA, Lt Kol Mohd Amin Abu Bakar (B) akan menyempurnakan penyampaian kepada Pegawai Penyelaras PBTM Gua Musang iaitu Pegawai Waran II (B) Encik Abu Bakar Jusoh.

Bantuan berbentuk keperluan harian seperti beras, maggi, air mineral, biskut, sardin, gula, susu, pampers dan lain-lain akan diagihkan kepada 45 keluarga bekas tentera yang terjejas teruk akibat dilanda musibah banjir bulan lalu.

Selepas itu, kumpulan tersebut akan bergerak ke Pasir Mas untuk menyampaikan sumbangan kepada 100 keluarga di Kampung Pohon Meranti, Sungai Batu yang terjejas banjir. Selain barangan keperluan harian, PERNAMA turut menyumbangkan pakaian terpakai, sejadah, Al-Quran dan surah Yasin yang disumbangkan oleh orang ramai.

Kawasan Pasir Mas menjadi destinasi terakhir misi bantuan bencana banjir PERNAMA sebelum bergerak pulang ke ibu negara.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera bagi membuat liputan program ini.

SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : Mashitah Haji Husain
Tel : 03 3341 0572 Mobile : 019 3221351
Email : mashitah@pernama.com
Website : www.pernama.com


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.