Januari 18, 2026 -Ahad

 
 
 

Selasa 13/01/2015

Majlis Pelancaran “Kuala Lumpur Tourism Master Plan 2015-2025”

Kuala Lumpur merupakan penggerak kepada kemajuan industri pelancongan Malaysia kita, di mana pada tahun 2013 sahaja seramai 9 juta pelancong asing telah melawati Kuala Lumpur. Oleh itu, bagi meningkatkan lagi pencapaian ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyediakan “Kuala Lumpur Tourism Master Plan 2015-2025” yang merupakan pelan tindakan strategik pembangunan industri pelancongan untuk tempoh 10 tahun. Pelbagai inisiatif telah dihasilkan merangkumi semua segmen pelancongan.

Rakan-rakan media dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran “Kuala Lumpur Tourism Master Plan 2015-2025” yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 15 Januari 2015

Masa : 1.45 petang

Tempat : Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur

PROGRAM

1.45pm : Ketibaan tetamu jemputan & media

2.00pm : Ketibaan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan B. Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan

: Ucapan aluan oleh YBhg Datuk Seri Ahmad Phesal b. Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur

: Ucapan pelancaran oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan B. Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan

: Pelancaran “Kuala Lumpur Tourism Master Plan 2015-2025”

: Pembentangan mengenai "Kuala Lumpur Tourism Master Plan and Implementation Plans" oleh Mr Anthonie Versluis, Managing Partner, Roland Berger Strategy Consultants

: Pembentangan mengenai "Barcelona Tourism Master Plan and Implementation" oleh Mr Ignasi Delàs, Vice President, Barcelona Tourism Council

: Q&A, sidang media dan minum petang


Sila memberikan maklum balas/RSVP sebelum/pada 13hb Januari 2015 dengan melengkapkan slip ini melalui faks di talian : 03-2698 3819, email rsvp@kltourismmasterplan.com atau boleh menghubungi Cik Erna di talian 03-26910245/03-26980332.


Mengenai VisitKL

Unit Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diwujudkan untuk memperkenalkan dan memberikan perkhidmatan terbaik khusus untuk industri pelancongan yang kini semakin berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa termasuklah tempatan. Unit Pelancongan bertanggungjawab menyelaraskan program dan aktiviti pelancongan yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mempromosikan produk- produk pelancongan termasuklah perkhidmatan yang terdapat di Kuala Lumpur di dalam dan luar negara di bawah penjenamaan VisitKL.

Dalam usaha untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi pelancongan terunggul, Kuala Lumpur memerlukan pelan strategik bagi membantu memajukan industri pelancongan Kuala Lumpur dalam tempoh 10 tahun. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Unit Pelancongan akan melancarkan “Kuala Lumpur Tourism Master Plan 2015-2025” yang mengandungi pelbagai inisiatif dalam usaha untuk mencapai visi menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan terunggul dengan menawarkan pelbagai produk pelancongan termasuklah menawarkan infrastruktur dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa.


SUMBER : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Noraza Yusof
Ketua Sekretariat
Majlis Pelancaran “Kuala Lumpur Tourism Master Plan”
Tel : 013-3399915


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.