|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 15/01/2015
KRAFTANGAN: MAJLIS MENANDATANGAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ADIGURU KRAF 2014
Adalah dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Menandatangan dan Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf 2014 pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 19 Januari 2015
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bengkel Anyaman Tikar Bergerang Puan Ngot Bi
Kampung Semera Ulu Sadong Jaya
94600 Asajaya
Sarawak
Disempurnakan oleh: Yang Berbahagia Dato' Mohd Kamil bin Mohd Ali
Ketua Pengarah
Kraftangan Malaysia
Hadir Sama : YB. Ir. Aidel Lariwoo
Adun N.20, Sadong Jaya
Skim Adiguru Kraf telah dilaksanakan sejak tahun 1987 bertujuan untuk memulih dan memelihara seni kemahiran tradisi supaya ianya berkekalan sebagai warisan yang menjadi lambang budaya dan jati diri rakyat Malaysia.
Di bawah Skim ini, tokoh-tokoh atau pengamal seni kraf yang berkemahiran tinggi dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara akan diberi pengiktirafan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
Sekiranya pihak media memerlukan pengangkutan, wakil wartawan dan juru foto boleh menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia pada 19 Januari 2015 (Isnin), jam 8.00 pagi dan tempat berkumpul adalah di:
Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 3057, Blok 18, Daerah Salak Petrajaya
Jalan Stadium, 63050 Kuching, Sarawak
Mohon maklumkan pengesahan pengangkutan selewat-lewatnya pada 18 Januari 2015.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Kraftangan Malaysia Caw. Sarawak
Tel : 082 444 205
Name: Puan Gracy
Telefon Bimbit: 019 8867 769
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|