Januari 18, 2026 -Ahad

 
 
 

Rabu 21/01/2015

PPZ: LIPUTAN MEDIA PROGRAM SANTAI @ BUSANA MALL MARA 'BICARA MAULID'

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan menganjurkan Program Santai @ Busana Mall MARA, 'Bicara Maulid' pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 28 Januari 2015 / 7 Rabiul Akhir 1436H

Masa : 12.00 tengahari - 3.00 petang

Tempat : Ruang Lobi Busana Mall MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman KL (bersebelahan SOGO)

Objektif program ini diadakan adalah untuk menarik minat umum terutamanya pengunjung Busana Mall MARA dan menambah prospek zakat melalui Sahabat Zakat serta meningkatkan kesedaran tentang kewajipan menunaikan Zakat Harta.

Ianya juga merupakan medium dan alternatif terkini bagi mendekatkan PPZ-MAIWP dengan masyarakat bagi memperjelaskan jenis-jenis zakat yang harus dibayar.

Turut hadir adalah Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan serta selebriti dakwah tanahair. Van Bergerak PPZ-MAIWP dan booth Touch 'n Go disediakan untuk kemudahan para pengunjung.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Telefon Bimbit: 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.