|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 27/01/2015
PERNAMA: Majlis Cabutan Ganjaran Setia Tunai 2
Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), akan mengadakan satu majlis cabutan bagi memilih pemenang Kempen Ganjaran Setia Tunai 2 yang berlangsung dari Julai hingga Disember 2014. Kempen yang menawarkan Ganjaran Utama berupa sebuah MPV Alza 1.5L (auto) akan diadakan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 28 Jan 2015
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Dewan Dato’ Jamil, Kem Perdana Sg. Besi
PROGRAM:
2.30 ptg - Ketibaan tetamu
2.45 ptg - Ketibaan MEDIA
3.15 ptg - Ketibaan Mej. Jen. Dato’ Fadhil Bin Mokhtar, Ketua Staf (AM)
bersama Datuk Abdul Wahab Bin Khalil,Pengurus Besar PERNAMA
3.20 ptg - Bacaan Doa
3.30 ptg - Ucapan oleh Pengurus Besar PERNAMA
3.40 ptg - Cabutan GST 2 ( cabutan 1-19)
4.30 ptg - Jamuan Minum Petang
5.00 ptg - Majlis Bersurai
Kempen ini telah diadakan bagi menghargai anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sentiasa menyokong PERNAMA.
Kempen ini telah dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu Ganjaran Setia Tunai (Jan – Jun 2014) dan Ganjaran Setia Tunai 2 (Julai – Dis 2014).
Ganjaran Setia Tunai peringkat pertama menawarkan ganjaran utama berupa sebuah Proton Preve dan pelanggan yang bertuah memilikinya merupakan seorang anggota dari Kem Syed Sirajudin, Gemas N. Sembilan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Shahrina Maisarah Jaffar
Pengurus
Khidmat Pemasaran
Perwira Niaga Malaysia
Telefon Bimbit: 019 666 4992
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|