|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 30/01/2015
FELDA: Majlis Sumbangan Tunai Dan Barangan Elektrik Kepada Mangsa Banjir Wilayah Gua Musang
Adalah dimaklumkan bahawa FELDA akan mengadakan Majlis Sumbangan Tunai Dan Barangan Elektrik Kepada Mangsa Banjir Wilayah Gua Musang, Kelantan.
Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban kesusahan yang dialami warga peneroka yang terlibat banjir melibatkan pelbagai kerosakan seperti peralatan rumah, penternakan, kerugian hasil ladang, infrastruktur pertanian dan lain-lain yang berkaitan.
Majlis akan disempurnakan oleh Y.B.Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Bin Tengku Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan Y.B Tan Sri Haji Mohd Isa Dato Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA.
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 31 Januari 2015
Masa : 1.30 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan FELDA Chiku 7, Gua Musang, Kelantan
Map Link : http://directory.yellavia.com/schools/sk-chiku-7-27777/
PROGRAM:
1.30 petang : Kehadiran Y.B. Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA
1.45 petang : Kenduri Sekampung
3.00 petang : Kehadiran Y.B.Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Bin Tengku Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang
3.15 pagi : Bacaan Doa
: Ucapan Aluan Ketua Peneroka Wilayah Gua Musang
Encik Ahmad Norsuki b. Haron
: Ucapan Y.B.Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA
: Ucapan Y.B.MuliaTan Sri Tengku Razaleigh Bin Tengku Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang
: Penyerahan Sumbangan Tunai Dan Peralatan Elektrik
: Minum Petang
: Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
SUMBER: FELDA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En Rashid
Mobile: 012-268 5149
Nama : En Kamasri
Mobile: 013-980 9080
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|