Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 30/01/2015

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA BAGI KEJOHANAN BOLING BERSAMA PEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI 2015

Adalah dimaklumkan bahawa satu Majlis Kejohanan Boling Bersama Pembayar Zakat Perniagaan Koperasi 2015 akan dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP) pada tetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 7 Februari 2015 / 17 Rabiul Akhir 1436H

Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang

Tempat : Playzone Bowling The Mines, The Mines Sri Kembangan

Objektif kejohanan ini diadakan adalah bagi menghargai para pembayar zakat koperasi disamping mengeratkan lagi silaturrahim sesama pemain.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Abdul Hakim Amir Osman dan wakil-wakil dari syarikat koperasi tempatan sebanyak 16 buah syarikat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 03- 9289 5757
Telefon Bimbit: 012-500 3547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.