Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 06/02/2015

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH NASYID IKIMFM 2014

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mengadakan majlis penghargaan dan penyampaian hadiah Anugerah Nasyid IKIMfm seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 10 Februari 2015

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Rebana, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM akan menyempurnakan majlis.

Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai penaja-penaja dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 (ANI 2014)

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan sempena majlis tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 03 – 6204 6329/ 6331/ 012-309 4427

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.