|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 12/02/2015
MAJLIS PELANCARAN PERASMIAN KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2015 KALI KE-11 'JOM MASUK IPT'
Kuantan - Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Perasmian Karnival Pendidikan Tinggi Negara (Kptn) 2015 Kali Ke-11 'Jom Masuk Ipt'.
Majlis ini akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II seperti berikut:
Tarikh : Sabtu 14 Februari 2015
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Utama, The Zenith Hotel, Kuantan
Tujuan utama KPTN 2015 ini adalah:
1. Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian bagi Sesi Akademik 2015/ 2016
2. Mendidik dan memupuk kesedaran mengenai pelaksanaan permohonan program pengajian melalui Aplikasi Dalam Talian
3. Memaklumkan pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke IPTA mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
4. Menyebarluaskan maklumat peluang pendidikan tinggi dalam negara
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Mohd Na’aim bin Harun
Telefon Bimbit : 019-5052052
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|