|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 16/02/2015
KPM: BENGKEL JERAYAWARA (ROADSHOW) ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE -9
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Bengkel Jerayawara (Roadshow) Anugerah Akademik Negara ke-9.
Bengkel ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha II, KPM pada ketetapan seperti:
Hari/Tarikh : Rabu 18 Februari 2015
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Za’aba
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras Tanah
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
Tujuan Utama Bengkel Jerayawara (Roadshow) ini adalah:
1. Memberikan pendedahan kepada wakil-wakil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan ahli akademik berkenaan prosedur dan tatacara bagi mengisi serta melengkapkan borang permohonan/ pencalonan bagi mengiktiraf sumbangan ahli akademik bagi pelaksanaan majlis tahunan iaitu Anugerah Akademik Negara (AAN).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: En. Mohd Na’aim bin Harun
Telefon Bimbit : 019-505 2052
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|