|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 17/02/2015
MAJLIS PELANCARAN KAD AGRO VISA DEBIT-i
Adalah dimaklumkan Agrobank akan menganjurkan majlis Pelancaran Kad Agro VISA Debit-i pada Perhimpunan Bulanan MOA bersama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kelebihan Kad Agro VISA Debit-i ini, ia memudahkan pelanggan mengakses simpanan mereka dari mana-mana rangkaian VISA seluruh dunia serta Agrobank merupakan Bank pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kad VISA Debit-i yang berasaskan prinsip Shariah untuk perniagaan/ pemilik tunggal.
Sehubungan dengan itu, pihak media dan wakil jurugambar dijemput hadir bagi membuat liputan majlis seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 24 Februari 2015
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Serbaguna MOA, Wisma Tani, Putrajaya
MASA | AGENDA
8.30 pagi : Pendaftaran jemputan
9.00 pagi : Pengenalan produk kad Agro VISA Debit-i oleh Agrobank
9.30 pagi : Ketibaan YBhg. Dato’ Mohd Arif bin Ab Rahman
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Ketibaan YB. Dato’ Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
10.00 pagi : Ketibaan YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Nyanyian Koir Lagu Negaraku dan Menuju Impian
Bacaan doa
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam-
Ucapan YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Pelancaran Kad Agro VISA Debit-i
Penghargaan kepada Johan KIK (Kategori Teknikal) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan 2014
Pengumuman Pegawai Baharu dan Bertukar
Sambutan Hari Lahir Warga MoA Bagi Bulan Februari
Sidang Media
12.30 tengahari: Makan Tengahari Dan Bersurai
SUMBER: Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Norzuleana, PR Executive
Tel : 03-2731 1600 ext 1655
Telefon Bimbit: 012-271 2537
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|