Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Rabu 18/02/2015

SIDANG AKHBAR MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor akan menganjurkan majlis “Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor 2015”.

Majlis akan diadakan di Padang Perbandaran Ampang Jaya pada 28hb Februari 2015 (Sabtu), jam 7.30 malam yang akan dihadiri oleh Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Satu SIDANG MEDIA akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 23 Februari 2015

Masa : 1.00 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat
Tingkat 1, Invest Selangor @ SSIC Berhad
Jalan Multimedia 7/AG
Citypark, i-City Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Bersama-sama ini disertakan “Borang Pengesahan Kehadiran” untuk tindakan pihak Y.Bhg. Tuan/Puan.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Selangor State Government, Malaysia (SSIC Berhad)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Yanie / Pn Suhaila
Tel : 03-55102005
Emel: yanie@ssic.com.my / sat@ssic.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.