Januari 17, 2026 -Sabtu

 
 
 

Rabu 18/02/2015

TAKLIMAT MEDIA SEMPENA PEMUKIMAN MENTERI-MENTERI EKONOMI ASEAN KE-21

Menteri-Menteri Ekonomi dari negara-negara anggota ASEAN akan berada di Kota Bharu, Kelantan dari 28 Februari - 1 Mac untuk menghadiri satu mesyuarat penting berhubung penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community – AEC) pada penghujung tahun ini.

Sebagai Pengerusi dan tuan rumah, Y.B. Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga akan mengambil peluang sempena Pemukiman ini untuk mendapatkan sokongan negara-negara anggota ASEAN.

Satu taklimat media sempena Pemukiman Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ke-21 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 24 Februari 2015

Masa : 5:00 petang

Tempat : Bilik Songket 1, Mezzanine Floor,
Sutera Inn Hotel, Kota Bharu,
Jalan Dusun Muda Off Jalan Bayam
15200 Kota Bharu, Kelantan

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan taklimat media tersebut.

SUMBER: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Name : Sabri Salleh
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 012- 3139451/ 03-6200 0043
Emel : sabri.salleh@miti.gov.my
Laman web:www.miti.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.