|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 23/02/2015
MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad (dahulunya dikenali sebagai SSIC Berhad) akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Negeri Selangor yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 28 Februari 2015
Masa : 7.30 malam – 11.00 malam
Tempat : Padang Perbandaran Ampang Jaya, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah
Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor. Waktu ketibaan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, pada jam 8.15 malam.
Sebagai makluman, majlis ini akan dihadiri oleh Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua – ketua Jabatan, wakil-wakil kedutaan dan seluruh warga Selangor. Anggaran tetamu yang akan hadir pada malam itu adalah seramai 8,000 ribu orang. Majlis ini diadakan dengan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Tourism Selangor Sdn Bhd, MIMBAR dan agensi-agensi serta jabatan-jabatan yang terlibat.
Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina ini adalah merupakan perayaan utama yang disambut oleh masyarakat Cina dan rakyat di Negeri Selangor yang terdiri dari pelbagai kaum juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menyambut kedatangan perayaan ini. Sambutan perayaan ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam masyarakat di negara ini yang teridiri dari pelbagai kaum dan menganuti pelbagai agama. Dalam pada itu, ia juga dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.
Pada tahun 2015, pelbagai pengisian akan disediakan bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina seperti tradisi penyampaian sumbangan ‘ang pow’ kepada anak yatim dan sebagainya. Persembahan dengan pengisian yang lebih menarik juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan ini selaras dengan sambutan Tahun Melawat Selangor 2015.
Bagi memberi kemudahan kepada orang awam, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menyediakan perkhidmatan percuma sebanyak enam (6) shuttle van bagi perkhidmatan berulang dari dua (2) lokasi tempat letak kereta awam iaitu di Dewan MPAJ Pandan Indah dan Menara MPAJ. Perkhidmatan shuttle van ini akan bermula pada jam 7.00 malam, 28hb Februari 2015 (Sabtu).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Invest Selangor Berhad (dahulunya dikenali sebagai SSIC Berhad)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Sekretariat
Nama: Pn Linda/ Pn Yanie / Pn Suhaila
Tel : 03-5510 2005
Emel: haslinda@ssic.com.my / yanie@ssic.com.my / sat@ssic.com.my
Latarbelakang Penganjur:
Invest Selangor Berhad (dahulunya dikenali sebagai SSIC Berhad) adalah sebuah agensi hak milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab sebagai pemudah cara dalam urusan berkaitan pelaburan di dalam negeri Selangor bagi pelaburan sedia ada dan yang berpotensi. Prestasi pelaburan negeri Selangor untuk tempoh Januari hingga September 2014, telah mencatatkan sebanyak 182 projek perkilangan telah diluluskan dengan jumlah pelaburan yang direkodkan sebanyak RM5.67 bilion. Sebanyak RM3.2 bilion (56.1%) adalah dari pelaburan tempatan dan RM2.5 bilion (43.9%) merupakan daripada pelaburan asing.
UNTUK PERTANYAAN MEDIA:
Nama: Encik Noor Azmawi Abdul Aziz
Pengurus Kanan, Perhubungan Pelabur
Invest Selangor Berhad (dahulunya dikenali sebagai SSIC Berhad)
Tel : 03-5510 2005
Telefon Bimbit: 019-388 1847
Emel: awie@ssic.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|