|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 24/02/2015
JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE HONG KONG, CHINA PADA 16 HINGGA 17 MAC 2015
Kementerian Luar Negeri, Malaysia ingin memaklumkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan Lawatan Kerja ke Hong Kong, China pada 16 hingga 17 Mac 2015 .
Kementerian Luar Negeri dengan hormatnya menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan terhadap lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Wakil-wakil media adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen seperti di bawah berserta dengan dokumen asal dibawa bersama-sama semasa liputan:
a) Senarai Peralatan;
b) Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi);
c) Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut; dan
d) Satu salinan gambar bersaiz pasport (dalam format JPEG).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.
Maklumat berkenaan boleh dipanjangkan ke alamat emel azreey@kln.gov.my secepat mungkin.
*Visa tidak perlu dimohon untuk memasuki Jepun bagi wakil media yang akan membuat liputan lawatan ini.
SUMBER: Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Azreey Abu Kassim
Penolong Pengarah
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03-8887 4180
Mobile: 019-6507 891/014-663 3896
Faks: 03-8889 2726
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|